gua pun tak berapa ingat tarikh untuk kelas first 3P tapi gua ingat ramai jugak gadis gadis cantik dalam kelas gua tu. pada hemat gua, mungkin mereka sudah berpunya kerana dari pandangan mata gua, mereka lebih suka memandang meja daripada memandang lelaki kacak di dalam kelas itu. gua yang single ini agak rasa terkilan dengan gadis gadis di dalam kelas tersebut. sia sia sahaja memakai perfume jenama 'Playboy' dan me 'wax' kan kepala menggunakan Gatsby Hairstyle. Dr Suppiah pada hemat gua lebih suka menggunakan perkataan 'durjana wei' kerana itu adalah trademark beliau. style bukan ? gua suka cara beliau. kelas pertama tidak banyak berbincang mengenai subjek 3P tetapi lebih kepada cara pengajaran Dr. Suppiah. Dr. Suppiah mendakwa beliau memiliki sebuah kereta putih Datsun model ke berapa pun gua tak tahu. tapi melihat keadaan kereta itu, gua anggarkan sudah lebih daripada separuh umur bapa gua. Dr. suka sangat menceritakan perkara lucu dan lucucah. ini amat bagus daripada mengelakkan daripada pelajar mengantuk di dalam kelas dan mendekatkan lecturer dengan pelajar. satu tips yang bagus untuk gua selaku guru di masa hadapan. gua tak gelak pun. gua sekadar senyum sinis kerana lelaki yang senyum sinis di hadapan perempuan itu lebih macho. ahhh. cukup lah untuk first post. nanti gua post lain. Dr. Suppiah menutup lecture nya dengan sebaris kata,
'teruskan perjuangan bersama Cikgu Jo